Penghibur hati yang lara
Kucing boleh 'baca' hati tuannya?
Kucing adalah haiwan peliharaan paling menjadi pilihan ramai.
Memelihara haiwan berbulu halus ini
dipercayai memberikan banyak manfaat untuk kesihatan fizikal dan mental.
Penulis fiksyen ternama, Mauriel
Spark, dalam 'A Far Cry from Kensington' menulis
bahawa kucing memiliki sikap tenang lebih dari apa yang difahami.
"Dan ketenangan kucing akan
beransur-ansur mempengaruhi anda”
Ketenangan itu akan membantu anda
menenangkan diri dan membantu mengembalikan kesegaran fikiran.
"Kehadiran kucing sahaja sudah
cukup. Kesan kucing terhadap konsentrasi anda adalah luar biasa, sangat
misteri"

Memetik
Health Line, berikut beberapa manfaat dan kelebihan memelihara kucing,
1.
Lebih bahagia
Menurut
satu kajian di Australia, orang yang
memelihara kucing memiliki kesihatan psikologi yang lebih baik berbanding
mereka yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Mereka lebih bahagia, percaya
diri dan tidak mudah gugup, juga lebih tenang menghadapi masalah.
Memelihara
kucing juga baik untuk anak anda. Dalam sebuah survey yang melibatkan 2,200
anak muda berusia 11 -15 tahun, anak yang mempunyai ikatan emosi yang kuat
dengan kucing akan memiliki kualiti hidup yang jauh lebih baik sama ada di
rumah atau di sekolah.
2.
Mengurangkan stres
Mengusap
kucing yang berbaring di atas pangkuan ternyata dapat menghilangkan stres.
Ketika berdepan masalah, kucing dapat membuatkan pemiliknya menjadi lebih
tenang. Secara psikologi, pemilik kucing juga lebih mudah pulih dari tekanan.
Situasi
ini boleh berlaku kerana kucing mampu memahami apa yang ada dalam hati
pemiliknya. Kucing tidak mudah stres walaupun tidak mendapat sokongan dari
persekitarannya. Apatah lagi, kucing bukanlah haiwan yang bergantung dengan
manusia, menurut Karin Stammbach dan Dennis Turner dari Universiti Zurich.
3.
Melatih hubungan sosial yang baik
Setiap kucing mempunyai
karektornya sendiri.
Kucing
memang perlukan perhatian, tapi si comel ini juga memberikan perhatian yang
cukup kepada pemiliknya. Ia mengajar pemiliknya untuk memiliki hubungan sosial
yang baik.
Satu
penelitian menyebut, orang yang memelihara kucing sangat sensitif secara sosial.
Mereka juga lebih mudah meletakkan kepercayaan terhadap orang lain.
"Perasaan
positif terhadap haiwan peliharaan akan menimbulkan perasaan positif terhadap
orang lain," tulis Rose Perrine dan Hannah Osbourne dari Universiti
Eastern Kentucky.
Pengkaji
Inggeris Ferran Marsa-Sambola dan rakan-rakannya menulis bahawa haiwan
peliharaan dapat menerima secara terbuka penuh kasih sayang, konsisten, setia,
dan jujur, karakteristik yang dapat memenuhi keperluan dasar seseorang untuk
merasakan memiliki harga diri dan dicintai.
4.
Lebih sihat
Bukan
hanya kesihatan psikologi, memelilhara kucing juga bermanfaat untuk kesihatan
fizik. Dalam sebuah kajian, para pengkaji mengikuti 4,435 orang selama 13
tahun. Mereka yang memiliki kucing pada masa lalu lebih kecil kemungkinannya
untuk meninggal dunia kerana serangan jantung berbanding orang yang tidak
pernah memiliki kucing. Kucing juga menjadi salah satu faktor risiko lain
seperti tekanan darah, kolesterol, merokok dan indeks massa tubuh.
Cuteeeee nyaaaaaaaaaaaaaaa macam admin. Hehehehehehee
ReplyDelete#Adminmintapuji
commended
ReplyDelete